Mengatasi masalah lemah Matematik boleh menjadi cabaran bagi sesetengah pelajar.
Walau bagaimanapun, ada beberapa cara boleh membantu pelajar memahami Matematik dengan lebih berkesan seterusnya cemerlang di dalam peperiksaan.
Berikut adalah lima tips untuk mengatasi masalah pelajar lemah Matematik:
1. Ambil kelas tambahan
Ambil kelas tambahan di luar waktu sekolah dan ibu bapa boleh memilih Pusat Perkembangan Minda yang bersesuaian dengan cara anak anda belajar.
Contohnya, mereka boleh belajar pendidikan STEM dan pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman Matematik, tetapi juga membina skil-skil baru untuk kegunaan mereka sehingga dewasa nanti.
2. Penggunaan kit pelajar (hands-on)
Terdapat banyak kit pelajar yang direka untuk membantu pelajar memahami konsep Matematik dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan.
Contohnya, di ALFA and Friends Centre, kami menawarkan silibus dan latihan yang sesuai mengikut tahap kemahiran pelajar. Ini memudahkan pelajar belajar mengikut pemahaman mereka sendiri dan memberi peluang untuk mengulang kaji konsep yang sukar difahami.
3. Terapkan konsep Matematik dalam dunia sebenar
Mengaitkan konsep Matematik dengan situasi dunia sebenar membantu pelajar belajar menyelesaikan masalah Matematik dengan sendiri.
Contohnya, mereka boleh belajar mengira semasa sesi jual-beli makanan di kedai runcit, belajar menabung dan sebagainya. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman Matematik, tetapi juga meningkatkan skil menyelesaikan masalah.
4. Pembelajaran secara berkumpulan
Pembelajaran secara berkumpulan mendorong pelajar untuk belajar dalam kumpulan kecil. Ini bukan sahaja membantu mereka berkongsi idea dan strategi, tetapi juga menggalakkan pemikiran kritis dan meningkatkan kreativiti. Dengan bekerjasama dengan rakan-rakan, pelajar dapat membantu antara satu sama lain untuk memahami konsep Matematik.
5. Bermain permainan berkonsepkan Matematik
Permainan berkonsepkan Matematik adalah cara yang menyeronokkan untuk melibatkan pelajar secara tidak langsung dalam pembelajaran matematik.
Permainan ini boleh direka untuk menumpukan kepada kemahiran tertentu seperti pengiraan, darab, bahagi atau pecahan. Selain itu, permainan ini juga boleh membina motivasi dan keyakinan pelajar terhadap kemampuan mereka dalam Matematik.
Dengan menerapkan tips-tips di atas ini, pelajar dapat memperbaiki kelemahan mereka dalam Matematik dan mengembangkan kemahiran yang penting untuk masa depan yang cerah.
Ingin tahu cara untuk anak suka belajar Matematik? Baca di sini dan anda juga boleh dapatkan info lanjut mengenai program ALFA and Friends Maths jika berminat untuk mendaftar.