Pada zaman digital yang serba canggih ini, kemahiran Abad ke-21 menjadi semakin penting untuk dikuasai oleh setiap kanak-kanak.
Jika anda tidak mula asah kemahiran-kemahiran Abad ke-21 ini, anak anda berkemungkinan sukar untuk bersaing dalam dunia yang semakin mencabar ini. Generasi akan datang akan lebih sukar mendapat pekerjaan dan bersaing dengan golongan berkemahiran tinggi.
Mereka perlu diasah dengan kemahiran ini sejak kecil agar mereka dapat bersaing dalam dunia yang semakin berteknologi canggih dan kompetitif. Berikut adalah enam kemahiran abad ke-21 yang perlu diberi perhatian dan diasah sejak kecil:
1. Pemikiran kritis
Pemikiran kritis bermaksud kemampuan kanak-kanak untuk menganalisis maklumat dan membuat keputusan berdasarkan penilaian yang bijak. Apabila anda mengasah kemahiran ini sejak kecil, ia membantu anak-anak untuk memahami masalah, mencari jawapan secara kreatif dan mampu untuk membuat keputusan yang tepat.
Contohnya, dengan menggunakan kit robotik asas, kanak-kanak perlu menggerakkan robot ke hadapan, belakang, kiri dan kanan menggunakan program koding yang dipelajari.
Mereka perlu menguji pergerakan robot kemudian mencari jalan untuk meningkatkan keupayaannya. Ini melibatkan pemerhatian dan analisis berdasarkan ujian yang membantu kanak-kanak berfikir secara kritis.
Apabila mereka berjaya kuasai kemahiran ini, ia membantu kanak-kanak berfikir secara mendalam dan menjadikan cara penyelesaian masalah lebih efektif kerana kemahiran pemikiran kritis sangat penting dalam dunia yang penuh dengan cabaran teknologi pada masa akan datang selain dapat menerapkan kemahiran ini dalam kehidupan seharian mereka.
2. Kreativiti
Dunia semakin berubah dengan cepat, kreativiti diperlukan untuk menghadapi cabaran baru. Menggalakkan anak-anak untuk berfikir di luar kotak dan mencipta sesuatu yang baru dapat memupuk inovasi yang penting untuk masa depan mereka.
Bagi memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meningkatkan tahap kreativiti mereka, ibu bapa boleh mendaftarkan mereka dengan program Digital Art. Apabila kanak-kanak diberi peluang untuk meningkatkan tahap kreativiti mereka, secara tidak langsung anda telah menyokong minat melukis mereka dan ini menjadikan mereka lebih berani, yakin dan bebas berkarya.
3. Komunikasi
Kemampuan berkomunikasi dengan baik adalah kunci untuk kerjasama dan menjadikan kehidupan kerjaya dan peribadi lebih lancar. Mengasah kemahiran ini sejak kecil membantu anak-anak menyampaikan idea dan pendapat mereka dengan jelas dan efektif.
Jika anak anda mahir berkomunikasi, ini menjadikan mereka lebih mudah untuk menyampaikan maklumat yang tepat, lebih yakin untuk berkomunikasi di depan khalayak ramai dan memupuk semangat untuk menjadi ketua kumpulan yang lebih bertanggungjawab dengan cara penyampaian maklumat yang dikongsi.
4. Kolaborasi dan kerjasama
Dalam dunia yang semakin maju, kemampuan untuk bekerja dalam pasukan adalah penting. Kemahiran ini mendorong anak-anak untuk bekerjasama dengan rakan sebaya selain melatih mereka mengembangkan kemahiran bekerjasama.
5. Bina karakter diri
Kanak-kanak dapat bina karakter diri yang lebih positif dan menanam sifat sentiasa berdaya saing untuk berjaya di masa hadapan. Karakter diri yang positif dapat membuatkan seseorang itu lebih berani dan berkeyakinan untuk menjadi seorang pemimpin apabila dia dewasa nanti.
6. Penyelesaian masalah
Kehidupan kita dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan masalah yang perlu diselesaikan. Oleh itu, kanak-kanak perlu diasah dengan kemahiran penyelesaian masalah sejak kecil.
Pendidikan STEM mampu mengenal pasti masalah, mencari penyelesaian yang inovatif dan menyelesaikan masalah dengan berkesan. Contohnya, kanak-kanak mudah menyelesaikan soalan Matematik dengan bantuan alatan hands-on dan dapat memahami konsep soalan yang sama jika menjawab soalan peperiksaan.
Dalam program Coding & Robotics pula, kanak-kanak boleh mengenalpasti masalah apabila robot tidak bergerak mengikut koding yang telah diprogramkan. Ini melatih mereka untuk try and error sampai dapat jalan penyelesaian yang betul.
Dengan mengasah keenam-enam kemahiran ini sejak kecil, kita dapat memastikan generasi akan datang lebih bersedia menghadapi cabaran dunia yang semakin kompleks dan dinamik.
Ingin tahu info lanjut mengenai kebaikan pendidikan STEM yang dapat membantu kanak-kanak mengasah kemahiran Abad ke-21, anda boleh klik di sini.
Untuk pengetahuan anda, ALFA and Friends Centre ada menyediakan program-program yang membantu kanak-kanak mengasah kemahiran Abad ke-21 mereka dengan cara yang menarik. Boleh daftar sekarang dan nikmati Kelas Percubaan serendah RM1 sahaja!