Menghantar anak ke Pusat Perkembangan Minda boleh memberikan banyak manfaat yang penting dari segi akademik dan kehidupan mereka.
Jika anak anda sudah menunjukkan minat untuk belajar walaupun baru berusia seawal 4 tahun, sokong minat mereka dengan menghantar ke Pusat Perkembangan Minda. Antara kebaikan menghantar anak ke pusat perkembangan minda adalah:
1. Pembangunan kemahiran bersosial
Pusat Perkembangan Minda menyediakan peluang untuk anak-anak berinteraksi dengan rakan sebaya mereka. Ini membantu mereka belajar berkongsi, berkomunikasi dengan efektif dan membina hubungan yang sihat. Kemahiran ini penting untuk perkembangan emosi dan sosial Kanak-Kanak.
Contohnya, apabila kanak-kanak membuat aktiviti berkumpulan, mereka perlu berinteraksi sesama ahli kumpulan dan ini membantu mereka menguasai kemahiran bersosial.
2. Pengukuhan asas akademik
Di Pusat Perkembangan Minda, kanak-kanak akan terdedah kepada pelbagai aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan. Ini membantu mereka membina asas yang kukuh dalam subjek seperti Matematik, Sains dan Teknologi. Pendekatan yang kreatif dan interaktif ini dapat memastikan anak-anak berminat dan bersemangat untuk belajar.
Antara program-program yang ditawarkan oleh Pusat Perkembangan Minda seperti ALFA and Friends Centre adalah Digital Art, Matematik, Coding & Robotics dan Introduction to Coding yang mampu merangsang minat anak-anak untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi.
3. Aktiviti fizikal tingkatkan kemahiran motor
Aktiviti fizikal yang disediakan di Pusat Perkembangan Minda membantu anak-anak meningkatkan kemahiran motor mereka.
Contohnya, bagi program Coding & Robotics, kanak-kanak perlu belajar menggunakan mouse semasa membuat aktiviti koding dan belajar mengendalikan kit robotik, manakala bagi program Matematik pula, mereka perlu mahir menggunakan alatan hands-on untuk memahami konsep Matematik dengan lebih jelas.
Melalui permainan dan aktiviti fizikal, mereka belajar koordinasi, keseimbangan dan kemahiran motor halus yang penting untuk perkembangan fizikal mereka.
4. Lebih berdisiplin
Menghantar anak ke Pusat Perkembangan Minda membantu membentuk disiplin dan rutin harian. Anak-anak belajar tentang pentingnya masa, tanggungjawab, dan kepatuhan kepada peraturan. Ini membantu mereka menjadi individu yang lebih teratur dan berdedikasi dalam menjalani kehidupan harian.
Dalam subjek Matematik dan Sains, ada beberapa bab yang mengajar kanak-kanak mengenai kepentingan masa, cara membaca dan mengira masa.
5. Tingkatkan kreativiti dan imaginasi
Pusat Perkembangan Minda sering menawarkan pelbagai aktiviti yang merangsang kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. Program berkonsepkan Seni seperti Digital Art membolehkan kanak-kanak meneroka dunia mereka dengan cara yang kreatif dan inovatif.
Menghantar anak ke Pusat Perkembangan Minda adalah satu pelaburan yang amat bijak. Ia menyediakan persekitaran yang menyokong pembelajaran, pertumbuhan sosial dan perkembangan fizikal.
Klik sini untuk baca lebih lanjut mengenai kelebihan-kelebihan Pusat Perkembangan Minda yang lain. Untuk info, ALFA and Friends Centre juga merupakan sebuah Pusat Perkembangan Minda untuk kanak-kanak seawal usia 4 tahun.