fbpx

Cart

Selain meluangkan masa bersama keluarga dengan bergembira di taman tema, melancong atau bercuti di tempat-tempat peranginan, apa kata pada hujung minggu atau cuti persekolahan ini anda bawa pasangan dan anak-anak anda pergi berkhemah. Aktiviti perkhemahan merupakan satu riadah yang sesuai untuk mendedahkan anak-anak kepada alam semulajadi sambil mendidik kemahiran hidup dan rasa cinta kepada alam sekitar. Berikut merupakan antara faedah tersembunyi di sebalik aktiviti perkhemahan;

1. Menyihatkan Badan

Kebiasaannya, aktiviti perkhemahan melibatkan banyak aktiviti fizikal lain seperti berjalan kaki, mendaki bukit, berenang, memancing dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti ini dapat membantu anak-anak kekal aktif dan sihat, di samping meningkatkan daya keseimbangan, koordinasi, dan ketahanan badan mereka.

2. Membina Kemahiran Sosial

Aktiviti perkhemahan juga memberi peluang kepada anak-anak untuk berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya dan orang dewasa dalam suasana santai. Banyak aktiviti menyeronokkan yang memerlukan kolaborasi, komunikasi dan kerja secara berpasukan. Sudah tentunya, anak-anak akan melupakan permainan video dan sifat malu mereka untuk menyertai kumpulan dan berseronok bersama-sama. 

3. Membina Keyakinan Diri dan Lebih Berdikari

Terdapat banyak tugasan dan kerja manual yang perlu dilakukan sewaktu berkhemah seperti memasang khemah, menghidupkan api dan menyediakan makanan. Setiap tugasan ini memberi pengalaman baru kepada anak-anak di samping menambah keyakinan diri mereka setiap kali tugasan tersebut berjaya dilaksanakan. Selain itu, mereka juga dapat belajar untuk melakukan sesuatu tugasan dengan sendiri dan seterusnya membuatkan mereka lebih berdikari.

4.Berhubung dengan Alam Semula Jadi

Aktiviti perkhemahan juga memberi peluang kepada anak-anak untuk berhubung secara terus dengan alam semulajadi dan mendapat pengetahuan tentang flora dan fauna. Perkara ini dapat mewujudkan rasa cinta mereka kepada alam semulajadi dan memberi kesedaran tentang pentingnya perlindungan alam sekitar.

5. Memberi Ketenangan Fikiran

Saban hari dikelilingi tembok dinding dan menghadap buku-buku ilmiah mungkin memberi tekanan kepada anak-anak kita. Dengan membawa mereka mengikuti aktiviti perkhemahan yang dikelilingi alam semulajadi, anak-anak dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan. 

6. Mempelajari Kemahiran Hidup

Aktiviti berkhemah kebiasaannya mengajar anak-anak untuk berdikari dalam melakukan kerja-kerja demi kelangsungan hidup. Perkara ini dapat mengajar mereka kemahiran-kemahiran hidup yang penting seperti penyelesaian masalah, membuat keputusan dan menyesuaikan diri.

7. Berenggang dengan Teknologi

Sebahagian keluarga mungkin lebih mengutamakan masa bersama, membuat aktiviti khusus bersama atau membiarkan anak-anak mereka bermain dan membuat aktiviti bebas. Manakala sebahagian keluarga lain mungkin lebih mementingkan pembelajaran menyeluruh dan mempunyai tradisi khusus yang mewajibkan anak-anak untuk mempelajari kemahiran tertentu. Pastikan keperluan anak anda seiring dengan keperluan dan budaya keluarga anda.

Kesimpulannya, aktiviti perkhemahan memberi banyak manfaat tersembunyi kepada anak-anak termasuklah aktviti fizikal yang menyihatkan badan dan menenangkan fikiran, meningkatkan kemahiran sosial dan belajar pelbagai kemahiran-kemahiran hidup yang penting, menambah keyakinan dan sifat berdikari, dan dapat berhubung dengan alam semulajadi.

Leave a Reply