fbpx

Cart

Adakah anak-anak anda sudah menguasai kemahiran matematik yang disyorkan bagi umurnya? Sebenarnya, terdapat banyak kajian yang telah dibuat bagi mengukur tahap kemahiran matematik mengikut peringkat umur. Para ibu bapa mesti ingin tahu peringkat perkembangan anak-anak mereka berada di tahap normal atau sebaliknya. Jom baca senarai kemahiran matematik yang perlu dikuasai mengikut peringkat umur 1 hingga 12 tahun berikut;

1. 1 hingga 3 tahun

  1. Boleh mengenal dan menamakan bentuk-bentuk asas seperti bulat, petak dan segi tiga.
  2. Boleh mengira nombor sehingga 10 atau lebih.
  3. Memahami konsep asas ‘lebih’ dan ‘kurang’.

2. 3 hingga 5 tahun

  1. Boleh mengira nombor sehingga 20 atau lebih.
  2. Boleh mengenal dan menulis nombor 1 hingga 10.
  3. Memahami konsep asas penambahan dan penolakan.
  4. Boleh menyusun objek mengikut bentuk, warna dan saiz.

3. 5 hingga 7 tahun

  1. Boleh membuat operasi penambahan dan penolakan dalam lingkungan 20.
  2. Memahami konsep asas pendaraban dan pembahagian.
  3. Mengenal dan menulis nombor sehingga 100.
  4. Membaca waktu (jam jarum) mengikut jam yang paling hampir dan separuh jam.

4. 7 hingga 9 tahun

  1. Pendaraban dan pembahagian sehingga 100.
  2. Memahami konsep asas pecahan dan titik perpuluhan.
  3. Mengukur panjang, berat dan isipadu menggunakan unit standard.
  4. Menyelesaikan soalan permasalahan yang ringkas.

5. 9 hingga 12 tahun

  1. Boleh membuat operasi pecahan, titik perpuluhan dan peratusan.
  2. Memahami konsep asas algebra, geometri dan kebarangkalian.
  3. Mengukur sudut darjah dan memahami asas prinsip geometri.
  4. Menyelesaikan soalan permasalahan yang melibatkan beberapa langkah dan operasi.

Secara keseluruhannya, penting untuk ibu bapa sedar dan faham bahawa penanda aras yang disenaraikan di atas merupakan garis panduan yang umum. Kita sedar bahawa kadar perkembangan setiap anak-anak berbeza dan dipengaruhi banyak faktor seperti genetik, psikologi, sosial dan ekonomi. Selain itu, pembelajaran matematik merupakan satu proses yang berpanjangan. Jadi, tiada frasa terlalu lambat atau terlalu cepat untuk anak-anak ini mengasah kemahiran matematik mereka.

Leave a Reply