Sejak kebelakangan ini, kita dapat lihat puluhan program tambahan matematik diiklankan di sosial media ataupun terpampang di persisiran jalan. Setiap program mempunyai keistimewaan dan tawaran tersendiri yang membuatkan ibu bapa tidak dapat membuat keputusan untuk memilih program matematik terbaik untuk anak mereka. Di sini, kami ingin memfokuskan keistimewaan salah satu program matematik yang juga hangat diperkatakan iaitu program ALFA and Friends Maths.
1. Lebih 20 Tahun Pengalaman
Pertama sekali, syarikat yang menawarkan program matematik ini iaitu ALFA and Friends sdn. bhd. merupakan antara pelopor program pendidikan kanak-kanak di Malaysia sejak tahun 2001. Syarikat yang dibarisi pakar-pakar dan graduan pendidikan ini telah merangka pelbagai program pendidikan khususnya bagi subjek sains dan matematik. Pengalaman dalam industri pendidikan selama lebih 20 tahun menjadikan mereka cukup pakar dan dipercayai dalam membantu anak-anak membina kemahiran matematik dalam suasana yang menyeronokkan.
2. Ujian Diagnostik
Seringkali tahap penguasaan matematik di peringkat sekolah dikaitkan dengan umur. Namun, sedarkah anda bahawa tahap keupayaan dan pengetahuan anak-anak mungkin lebih kedepan atau jauh ketinggalan daripada silibus semasa yang diajar di sekolah? Menyedari bahawa tahap kemajuan anak-anak berada di tangga yang berbeza, program ALFA and Friends Maths menawarkan pembelajaran matematik mengikut tahap penguasaan individu, bukan berdasarkan umurnya. Jadi, bagi menentukan tahap penguasaan mereka, ujian diagnostik akan dibuat bagi menilai topik dan kemahiran yang belum dan telah mereka kuasai. Menariknya, ujian diagnostik yang ditawarkan oleh ALFA and Friends Maths ini diberikan secara percuma kepada anak-anak yang berminat.
3. Selaras dengan Matematik Singapura
Tahukah anda bahawa kaedah Matematik Singapura diiktiraf sebagai kaedah pembelajaran terbaik di dunia? Kaedahnya yang memfokuskan penyelesaian masalah, penguasaan langkah demi langkah dan penyampaian secara visual dan konkrit telah dibuktikan berkesan dan berjaya melahirkan ramai graduan bijak pandai matematik. Ibu bapa tidak perlu pergi jauh ke seberang tambak untuk mendaftarkan anak-anak mereka dalam program Matematik Singapura kerana ALFA and Friends Maths juga turut menggarapkan kaedah dan pendekatan yang sama.
4. Pendekatan Konkrit-Piktorial-Abstrak
Subjek matematik biasanya menggunakan beberapa jenis kaedah pembelajaran iaitu kaedah konkrit yang melibatkan pengiraan objek fizikal, kaedah piktorial yang menggunaan visual gambar dan lukisan, serta kaedah abstrak yang hanya menggunakan nombor. Sebahagian pelajar mungkin menghadapi masalah untuk menyelesaikan masalah matematik menggunakan salah satu kaedah yang dinyatakan. Hal ini kerana, setiap individu mempunyai gaya pembelajaran dan kecenderungan yang berbeza sama ada auditori (pembelajaran menerusi suara dan bunyi), visual (pembelajaran menerusi gambar dan tulisan) dan kinestetik (pembelajaran melalui sentuhan dan pergerakan). Namun, ibu bapa tidak perlu khuatir kerana ALFA and Friends Maths menggabungkan semua pendekatan ini dalam setiap topik bagi memastikan setiap pelajar dapat menguasai konsep matematik.
5. Penyelesaian Masalah
ALFA and Friends Maths menggalakkan anak-anak untuk berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Meskipun subjek matematik berkaitan dengan fakta dan nombor serta membenarkan hanya satu jawapan bagi setiap masalah, hal ini tidak bermakna kaedah penyelesaiannya terhad dan tetap. Malah, program ini memberi peluang kepada anak-anak untuk mempelajari pelbagai kaedah untuk menyelesaikan sesuatu soalan dan menyerahkan kepada mereka untuk menggunakan pendekatan yang mereka gemari.
6. Kukurikulum Lingkaran
Kurikulum lingkaran atau terma inggerisnya spiral curriculum merupakan satu kaedah pembelajaran di mana – pada setiap peringkat yang lebih tinggi, pelajar akan mengulangi topik-topik yang telah mereka kuasai sebelumnya. Pelajar bukan sekadar mengunjungi topik-topik lama untuk menyegarkan ingatan mereka, namun untuk mendapatkan pengetahuan tambahan yang lebih mendalam serta mempelajari alternatif dan kemahiran baru. Kurikulum seperti ini penting bagi menambah pengetahuan pelajar secara berperingkat seiring dengan kemajuan mereka.
7. Pemahaman Konsep dan Praktikal yang Seimbang
Pemahaman konsep matematik sangat penting bagi menguasai subjek ini. Namun, pada masa yang sama, pengaplikasiannya dalam menyelesaikan masalah sama ada dalam latihan terancang atau dunia sebenar juga penting bagi mengukuhkan pemahaman dan menguatkan ingatan. Program ALFA and Friends Maths telah menggabungkan kedua-dua prinsip ini dalam sistem pembelajarannya supaya pelajar dapat mempelajari subjek matematik dengan lebih berkesan.
8. Minda Pertumbuhan
Minda pertumbuhan atau growth mindset merupakan cara fikir individu mengenai cabaran dan kesukaran untuk melakukan sesuatu. Individu yang mempunyai minda pertumbuhan yang sihat percaya bahawa setiap usaha dan kerja keras mereka pasti akan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka, seterusnya menjadikan mereka individu yang berjaya. Program ALFA and Friends Maths turut menerapkan nilai ini dengan melupuskan sistem had masa dan alternatif pintas bagi memberi peluang anak-anak menyelesaikan sesuatu masalah menggunakan keupayaan dan ruang waktu mereka sendiri. Hasilnya, anak-anak akan mengetahui tujuan dan sikap yang baik untuk menyelesaikan pelbagai cabaran dan masalah dalam subjek matematik.
Kesimpulannya, program matematik ALFA and Friends menawarkan struktur dan pendekatan yang menyeluruh kepada anak-anak untuk mempelajari konsep matematik dan mempraktikkannya dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, program ini juga memberi fleksibiliti kepada anak-anak untuk menggunakan pelbagai jenis kaedah pembelajaran. Menerusi program ini, anak-anak bukan sahaja akan dapat mendalami konsep asas matematik dengan lebih mudah, malah dapat meningkatkan minat belajar menerusi aktiviti dan alatan hands-on yang menyeronokkan.